Sepakan penalti dalam separuh masa kedua yang disempurnakan Cristiano Ronaldo memastikan Al-Nassr menewaskan Al Ettifaq 3-1 dalam Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.
Tuan rumah memecah kebuntuan perlawanan dua minit sebelum rehat menerusi voli luar biasa daripada Alex Telles dari luar kotak sebelum Marcelo Brozovic menggandakan kedudukan pada minit ke-59.
Ronaldo kemudian melebarkan kelebihan mereka menerusi sepakan penalti pada minit ke-73 dengan rembatan rendah ke penjuru gawang untuk mengumpul 51 jaringan tahun ini.
وهل هنـاك أجمـــل ؟? pic.twitter.com/yJS0Ua8qCG
— نادي النصر السعودي (@AlNassrFC) December 22, 2023
Al Ettifaq yang dikemudi Steven Gerrard dan diketuai Jordan Henderson di bahagian tengah padang menyumbat gol sagu hati menerusi penyudah Mohammed Al-Kuwaykibi ketika perlawanan berbaki lima minit.
Keputusan itu menyaksikan Al-Nassr kekal 10 mata di belakang pendahulu liga, Al-Hilal, yang menewaskan Abha 7-0 semalam.