Cristiano Ronaldo menggesa hierarki kelab Al-Nassr untuk melancarkan bidaan EURO100 juta (RM492 juta) untuk mendapatkan khidmat Luis Diaz dari Liverpool.
Tidak sabar-sabar untuk melihat bala bantuan tiba selepas kempen tanpa trofi, Ronaldo telah menjelaskan kepada pengurus baharu, Jorge Jesus, dan eksekutif kelab bahawa Diaz adalah sasaran utama pasukan sekaligus mencetuskan perebutan perpindahan melibatkan gergasi Eropah, Bayern Munich dan Barcelona.
Baru-baru ini, Cristiano menandatangani lanjutan kontrak dua tahun yang menguntungkan, kedudukan Ronaldo di Riyadh kini melangkaui eksploitasinya di atas padang.
Diberi kuasa untuk memberikan input langsung mengenai keutamaan perpindahan, legenda berusia 40 tahun itu dikatakan telah memberitahu kepimpinan kelab bahawa Diaz, dengan kepantasan dan kreativitinya, adalah pemain yang diperlukan Al-Nassr merangkul gelaran.
Persaingan untuk mendapatkan tandatangan Diaz sedang dibentuk sebagai salah satu kisah utama musim panas ini.
Di sebalik kejayaan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, pemain sayap Colombia itu dilaporkan sedang mempertimbangkan pilihannya di tengah-tengah minat yang semakin meningkat dari luar negara.
Barcelona kekal sebagai destinasi pilihan pemain, tetapi kekangan kewangan yang berpanjangan di Catalonia menyukarkan pembelian secara langsung.
Al Nassr, dengan sokongan Liga Pro Saudi dan tidak termaktub daripada sekatan perpindahan Eropah, adalah satu-satunya kelab pada masa ini yang dapat memenuhi syarat Liverpoo dan dengan Ronaldo secara peribadi mahukan pemain itu menyertainya jika mereka serius mengejar gelaran.
Dalam masa sama, Diaz sendiri tetap berhati-hati tentang perpindahan ke Arab Saudi, dengan keutamaan untuk kekal di Eropah menjelang Piala Dunia 2026.