Cristiano Ronaldo buka jaringan ketika Al Nassr menang tipis ke atas Al Fateh
Syen Yeoh
Februari 18, 2024 11:57 MYT
Februari 18, 2024 11:57 MYT
Cristiano Ronaldo mengekalkan rentak jaringan prolifiknya dalam Liga Pro Saudi ketika membantu Al Nassr meraih kemenangan tipis ke atas Al Fateh awal pagi tadi.
Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu membuka tirai jaringan di Stadium Al Awwal, menghasilkan gol selepas 17 minit sepak mula untuk meraikan gol ke-21 untuk dirinya dalam kempen musim ini.
Al Fateh menyamakan kedudukan 12 minit kemudian apabila Salem Al Najdi menemui sasaran, dan gol kemenangan Al Nassr hanya tiba dalam separuh masa kedua.
Otavio menjaringkan gol pada 18 minit sebelum wisel penamat dan ia sudah memadai untuk memastikan kemenangan yang mengecilkan jurang mereka dengan pendahulu liga, Al Hilal, kepada empat mata.