Pencipta kandungan terkenal dunia, Darren Jason Watkins Jr, atau lebih dikenali sebagai IShowSpeed, mencipta kejutan apabila kembali ke Malaysia untuk melihat aksi Liga Super 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan Kelantan Darul Naim (KDN), semalam.

Dalam satu video yang tular, dia dilihat mengadakan perbualan bersama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan pemain bintang, Cristiano Ronaldo, menjadi antara topik perbualan mereka di Stadium Sultan Ibrahim.

Untuk rekod, sebelum ini pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu turut pernah bertemu TMJ beberapa kali selain menerima ucapan hari ulang tahun daripada Ronaldo dan beberapa bintang terkemuka dunia.




"IShowSpeed, penstrim 'online' terkenal telah ​​melawat Stadium Sultan Ibrahim apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim menang 6-1 ke atas Kelantan Darul Naim hari ini.




"YouTuber dari Amerika Syarikat tersebut, yang mempunyai lebih 50 juta pengikut di platform media sosial, turut bertemu dengan pemilik Harimau Selatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan."