Skip to main content

Bola Sepak

Cristiano Ronaldo anggap Glazer tidak pedulikan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo-2022.jpg
Cristiano Ronaldo percaya pemilik Manchester United tidak mengambil berat tentang kelab itu dan berasakan peminat harus mengetahui perkara sebenar.

Penyerang Portugal itu bertindak meluahkan perasaannya dalam satu temu bual yang akan disiarkan sepenuhnya esok apabila mengkritik pengurus, Erik ten Hag, dan bekas jurulatih, Ralf Rangnick, sambil menyatakan dia berasa dikhianati oleh kelab itu.

Ronaldo kemudian mengalihkan tumpuannya ke arah ahli lembaha di Old Trafford dengan menuduh pemilik Amerika Syarikat (AS) itu iaitu keluarga Glazer tidak berminat dengan prestasi kelab di atas padang.

"Pemilik kelab, Glazer, mereka tidak mengambil berat tentang kelab. (Mengenai) kesukanan, pada pendapat saya mereka tidak begitu peduli," katanya kepada Piers Morgan Uncensored.

"Saya tidak pernah bercakap dengan mereka. Mereka memberikan semua kuasa kepada pengarah sukan.

"Peminat sentiasa betul, mereka sepatutnya tahu perkara sebenar. Pemain pula, kami mahukan yang terbaik untuk kelab, saya mahukan yang terbaik untuk kelab, inilah sebabnya saya kembali ke Manchester United, itulah sebabnya saya sayangkan kelab ini.

“Tetapi anda mempunyai beberapa isu di dalam kelab yang tidak membantu anda mencapai tahap teratas seperti (Manchester) City, Liverpool, malah sekarang Arsenal misalnya, ia sukar.

"Ia sukar. Pada pendapat saya, sukar untuk United berada di puncak permainan dalam dua atau tiga tahun akan datang."
 

Ronaldo turut membidas bekas rakan sepasukan di Old Trafford, Wayne Rooney dan Gary Neville, yang mengkritiknya musim ini dan menuduh mereka menggunakan namanya demi kemasyhuran dalam karier selepas bersara.

"Mereka bukan kawan saya. Saya tidak pasti adakah mereka mempunyai pekerjaan di televisyen di mana mereka perlu mengkritik saya untuk menjadi lebih terkenal, saya benar-benar tidak faham," tambahnya.

"Saya fikir mereka mengambil kesempatan daripada itu kerana mereka tidak bodoh. Saya perlu meneruskan hidup saya dengan kritikan atau pujian tetapi sukar apabila anda melihat orang yang pernah berada dalam bilik persalinan bersama anda, mengkritik anda sebegitu.

"Lena saya tidak akan terganggu semata-mata kritikan mereka tetapi ia tidak manis untuk didengari. Ia menjurus kepada kekecewaan."

 

Advertisement

Must Watch Video