Skip to main content

Bola Sepak

Covid-19: DFL yakin Bundesliga berjalan seperti biasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dfl.jpg
Liga Bolasepak Jerman (DFL) yakin dapat meneruskan jadual Bundesliga dan Bundesliga 2 musim ini biarpun terdapat kebimbangan mengenai penularan wabak Covid-19.

Di Itali, setiap perlawanan Serie A terpaksa dilangsungkan secara tertutup sehingga 3 April ini bagi membendung penularan wabak itu, yang menyaksikan seramai 5,883 mangsa dilaporkan dijangkiti dan turut melibatkan 233 kes kematian di seluruh negara Eropah.

Belum ada sebarang kes kematian di Jerman walaupun sebanyak 951 kes jangkitan direkodkan dan Ketua Pegawai Eksekutif DFL, Christian Seifert, percaya badan induk itu perlu "mencari jalan penyelesaian seimbang di antara peruntukan yang wajar dan pencegahan yang berlebihan".

Dalam satu kenyataan, Seifert berkata: "Wabak Covid-19 meletakkan masyarakat secara keseluruhan dan bola sepak secara amnya berada dalam situasi sukar.

"Sudah pasti, kesihatan terhadap populasi dan keseluruhan penyokong bola sepak perlu dijadikan keutamaan.

"Sasarannya harus mengenai pencarian jalan penyelesaian yang sesuai di antara peruntukan yang wajar dan pencegahan yang berlebihan dalam setiap bidang.

"Sudah tentu kelab-kelab Bundesliga dan Bundesliga 2 akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di lokasi masing-masing berkenaan jadual setiap perlawanan," katanya.

Bagaimanapun, tindakan memanjangkan liga di luar jadual asal masih tiada dalam perancangan Seifert dan perlawanan di stadium tertutup kelihatan menjadi penyelesaian paling berpotensi buat ketika ini.

"Pada masa yang sama, tiada sebarang persoalan mengenai keperluan musim ini dilanjutkan sehingga pertengahan Mei depan untuk menentukan peserta yang dinaikkan atau disingkirkan bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.

"Ia satu-satunya cara untuk kelab dan DFL melakukan perancangan bagi menghadapi musim yang akan datang walaupun keadannya agak sukar.

"Jawatankuasa DFL akan bertukar pandangan mengenai perkara ini dalam masa terdekat dan akan mengadakan mesyuarat dengan kelab secepat mungkin," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video