Skip to main content

Bola Sepak

Covid-19: Cutrone antara pemain Fiorentina yang dijangkiti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cutrone.jpg
Pemain Fiorentina, Patrick Cutrone dan German Pezzella, merupakan antara tiga mangsa terbaru wabak koronavirus baru (Covid-19).

Pakar fisioterapi, Stefano Dainelli, juga telah diuji positif, demikian kelab Serie A itu mengumumkan semalam.

Ketiga-tiga mereka "berada dalam keadaan baik di rumah masing-masing di Florence", menurut Fiorentina di Twitter.

Semalam, penyerang, Dusan Vlahovic, muncul sebagai kes pertama yang disahkan Viola tetapi kelab itu menyatakan pemain tersebut sedang berada rumah dan tidak mengalami gejala berkenaan.

"Kami dalam proses melakukan semua prosedur pengasingan yang diperlukan mengikut peraturan, bermula dengan mengenal pasti semua orang yang mempunyai hubungan dengan pemain," kata Fiorentina.

Pertahanan Juventus, Daniele Rugani, muncul pemain Serie A pertama yang diuji positif wabak yang merebak dengan pantas di negara itu.

Penyerang Sampdoria, Manolo Gabbiadini, kemudian menjadi kes kedua dalam Serie A dan semalam kelab itu mengumumkan lima lagi ujian positif.

 
Pemain utama pasukan itu, Omar Colley, Albin Ekdal, Antonino La Gumina dan Morten Thorsby, serta doktor kelab, Amedeo Baldari, juga dijangkiti wabak berkenaan.

Setakat semalam, Itali telah dilanda 17,660 wabak Covid-19 termasuk 1,266 kematian.

Justeru, Kerajaan Itali telah menggantung semua acara sukan sehingga 3 April depan dan mengenakan perintah berkurung termasuk premis perniagaan kecuali kedai makan dan farmasi.

Kelmarin, Liga Perdana Inggeris, Ligue 1 diikuti Bundesliga telah menangguhkan semua perlawanan sehingga awal bulan depan sementara LaLiga melakukannya seminggu lebih awal.

Advertisement

Must Watch Video