Philippe Coutinho akan menjadi pengganti terbaik buat Neymar di Barcelona, kata bekas bintang di Camp Nou, Rivaldo.
Pemain tengah Liverpool itu dilaporkan telah membuat permintaan untuk keluar dari Anfield selepas Liverpool menegaskan tidak akan melepaskan pemain itu ke Barcelona.
Paris Saint-Germain (PSG) memecah rekod pembelian termahal apabila membayar GBP200 juta (RM1.1 bilion) bagi mendapatkan Neymar minggu lalu dan Rivaldo percaya senario itu akan membantu Barca mencari penyelesaian terbaik.
Rivaldo percaya Coutinho akan menjadi pilihan terbaik di samping berasakan duit yang ada akan digunakan sebaik-baiknya bagi mendapatkan pemain tengah Guanghzou Evergrande, Paulinho.
"Neymar sudah berhijrah bagi menyertai PSG tetapi saya percaya Barca dapat mencari pemain pengganti," katanya kepada Betfair.
"Ia juga mampu menjadi penyuntik semangat yang baru buat pemain lain yang menyedari pemain datang dan pergi tetapi Barca kekal pasukan berkelas dunia.
"Coutinho mampu menjadi pilihan yang tepat bagi mengisi slot yang ditinggalkan Neymar tetapi bekas pemain tengah Tottenham, Paulinho, juga mampu memainkan peranan penting."
Rivaldo turut yakin keazaman untuk memenangi anugerah Ballon d'Or turut memainkan faktor dalam perpindahan Neymar.
"Ia keputusan sukar buat Neymar kerana dia sedar untuk menjadi pemain terbaik dunia, dia perlu keluar daripada bayang-bayang Lionel Messi."