Skip to main content

Bola Sepak

Courtois: Panama buat terjahan tidak perlu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazard-cropped_174oxbxr8tqdi1k038rt32tk2h.jpg
Walaupun tidak terkejut dengan pendekatan agresif Panama, penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, berkata pendatang baru Piala Dunia itu melakukan terjahan yang tidak perlu dalam pertemuan Kumpulan G di Stadium Fisht, semalam.

Belgium membuka kempen mereka dengan kemenangan 3-0 hasil penyudah menarik daripada Dries Mertens dan sepasang gol daripada Romelu Lukaku.

Terdapat cabaran keras daripada skuad Hernan Dario Gomez itu, terutama dalam babak pertama -- kapten dan bintang Belgium, Eden Hazard, antara pemain yang dikasari.

Kaki kiri Hazard dilihat berbalut selepas perlawanan walaupun penyerang itu nyata tidak menunjukkan kekecewaan ketika bercakap kepada wartawan.

Apabila Courtois ditanya tentang taktikal Panama yang mengakibatkan lima kad kuning dilayangkan, dia berkata: "Kami tahu mereka agresif. Mereka membuat tendangan yang tidak perlu.

"Saya rasa pengadil memberikan cukup kad kuning. Saya fikir walaupun kadang-kadang dia boleh membiarkan, saya rasa dia tahu dia terpaksa menghentikannya dengan pantas.

"Ia bola sepak, ada hubungan dan terjahan tetapi jika ia kekasaran sengaja, ia boleh menyakiti. Jadi, pegawai perlu berhati-hati dan bertindak.

"Tetapi ia adalah sukan bersentuhan, kamu boleh menjadi lambat dan ia sebahagian daripada bola sepak. Tetapi apabila ia tidak perlu dan sengaja, maka mungkin perlu ada perlindungan."

Advertisement

Must Watch Video