Juara bertahan itu terkandas dalam pusingan 16 apabila tewas 5-6 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan buntuk tanpa jaringan di Parc des Princes, awal pagi tadi.
Pemain pinjaman daripada PSG, Marcin Bulka, menjadi wira pasukan dalam adegan itu apabila menepis sepakan penalti Leandro Paredes dan Xavi Simons untuk menamatkan rentetan gemilang 14 perlawanan tanpa kalah kelab induknya itu di pentas berkenaan.
Walaupun melancarkan 10 percubaan dan 68.2 peratus penguasaan bola, pasukan kendalian Pochettino itu gagal menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan berkenaan buat julung kalinya sejak tewas kepada Lille pada 2011.
Sehubungan itu, Pochettino menggesa pemainnya agar mengalihkan fokus kepada percubaan mereka di peringkat domestik dan benua selepas keputusan yang mengecewakan berkenaan.
“Kami beraksi lebih baik daripada Nice,” katanya.
“Kami tidak mencipta peluang yang mencukupi untuk menjaringkan gol seterusnya memenangi perlawanan ini sebelum penentuan sepakan penalti itu.
"Kami sepatutnya lebih cekap dalam beberapa meter kebelakangan ini. Kemudian, perlawanan menjadi ibarat loteri.
“Walaupun kami lebih baik, kami tidak melakukan apa yang diperlukan untuk memenangi perlawanan ini.
"Kami perlu kekal optimistik: kami masih mempunyai Ligue 1 dan Liga Juara-Juara sebagai objektif."
Pochettino turut mempertahankan keputusannya untuk memulakan Kylian Mbappe di bangku simpanan sebelum memperkenalkan pemain antarabangsa Perancis itu pada minit ke-64.
"Kylian Mbappe mengalami ketidakselesaan fizikal dalam beberapa hari terakhir ini," tambahnya.
"Atas nasihat kakitangan perubatan, kami mencapai persetujuan untuk dia tidak memulakan perlawanan.
"Jika dia perlu beraksi 30 atau 35 minit, dia masih mampu melakukannya."
6 - Mauro Icardi made only 6 touches against Nice, the worst tally for a player who appeared more than 45 minutes of a game with Paris since Opta has this data in all competitions (2014/15). Ghost?. #PSGOGCN pic.twitter.com/eHpmT3cVgQ
— OptaJean (@OptaJean) January 31, 2022