Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Matvey Safonov, muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti dalam Coupe de France awal pagi tadi.
Safonov, yang diturunkan bagi menggantikan Gianluigi Donnarumma yang cedera, cemerlang menepis sepakan penalti M'Bala Nzola dan Andy Diouf untuk memastikan PSG layak ke pusingan 32.
PSG hampir membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi Achraf Hakimi, namun gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.
Dalam pada itu, Lens berjaya mendahului pada minit ke-61 apabila percubaan Abdukodir Khusanov yang menerima lintangan Nzola sebelum membolosi gawang PSG.
Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan sehingga permainan berakhir dan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti untuk menentukan siapa yang akan bertemu pasukan divisyen keempat, Espaly, dalam pusingan seterusnya.
Selepas enam sepakan penalti pertama disempurnakan, Lens tertekan apabila Nzola gagal menyempurnakan penaltinya selepas ia diselamatkan Safonov.
Barcola kemudian memastikan PSG berada di depan sebelum Safonov sekali lagi menjadi wira apabila menepis sepakan penalti Andy Diouf, sekali gus memastikan peluang PSG untuk meraih gelaran Coupe de France ke-16 kekal hidup.
Aleqha Zainal
Mon Dec 23 2024