Sentuhan penyudah Ruslan Malinovskiy menamatkan aksi memihak Marseille apabila mereka menewaskan Paris Saint-Germain 2-1 untuk mara ke suku akhir Coupe de France.
Malinovskiy menghadirkan ganjaran dalam persembahan cukup berkualiti daripada Marseille di Stade Velodrome awal pagi tadi.
Pasukan kendalian Igor Tudor melakukan 12 percubaan pada separuh masa pertama dan mendahului menerusi sepakan penalti Alexis Sanchez pada minit ke-31, yang dibatalkan menerusi tandukan Sergio Ramos.
Ramos menyangkakan dia berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti menerusi tandukkannya pada masa kecederaan, tetapi penjaga garisan mengangkat bendera menandakan ofsaid sekaligus menyelamatkan Marseille.
Ia merupakan kali kedua berturut-turut PSG tersingkir di pusingan suku akhir, juara 14 kali itu terpaksa menunggu musim hadapan sebelum mereka berjaya untuk mendapatkan semula gelaran Piala Perancis itu.

⏱️ 57' GOOOOAAAAAAAALLLLLLL!!!!
— Olympique de Marseille ?? ?? (@OM_English) February 8, 2023
⚽️??⚽️??⚽️??⚽️??
MALIIIIIIIIIIIII!!!#OMPSG | 2⃣ - 1⃣ | ⚪️?| ? #CDF pic.twitter.com/aKh8sGi83S