Diego Simeone berharap Diego Costa dan sentuhan berbisa Vitolo dapat menjelmakan inspirasi kepada Atletico Madrid untuk mencapai tahap yang lebih tinggi sebelum penghujung musim ini.
Costa dan Vitolo berpeluang membentuk gandingan bersama Antoine Griezmann buat julung kalinya ketika Atleti bersedia menyambut kunjungan Sevilla dalam pertemuan pertama Copa del Rey, awal pagi esok.
Kemunculan pertama Costa yang kembali menganggotai Atletico ketika menentang Getafe berakhir dengan penyerang itu dilayangkan kad kuning kerana meraikan gol itu bersama penyokong manakala Griezmann pula direhatkan ketika Vitolo dipertaruhkan untuk berdepan Lleida Esportiu.
Larangan pendaftaran pemain yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam jendela perpindahan pada musim panas lalu bermakna pengenalan Costa dan Vitolo terpaksa ditunda sehingga bulan ini, namun anak buah Simeone masih mendapati diri mereka sebagai pencabar terdekat Barcelona dalam kancah LaLiga.
"Skuad ini dikekalkan sehingga Disember lalu, membuat permulaan hebat pada musim ini, terutama dalam liga," kata Simeone dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Kehadiran Costa dan Vitolo menambah sengat pasukan dan menawarkan lebih banyak alternatif buat kami.
"Memiliki mereka dalam permainan ini menawarkan kami beberapa kebarangkalian," katanya.
Sevilla hanya memungut satu mata dalam lima perlawanan terakhir LaLiga selain melantik pengurus baru, Vincenzo Montella.
Bagaimanapun, Simeone berwaspada terhadap kemampuan pasukan itu dalam format saingan trofi.
"Sevilla adalah sebuah pasukan yang gemar dalam saingan merebut piala dan selalu melakukan perkara yang mengagumkan (dalam Copa)," katanya.
"Keputusan mereka agak hambar baru-baru ini tetapi mereka adalah pasukan yang hebat dan mereka sangat berbahaya, khususnya di bahagian tengah dan hadapan.
"Kami perlu menangani permainan ini dengan cara yang kami berasakan paling selesa. Di atas kertas, perlawanan menentang mereka adalah yang paling kompetitif (di peringkat suku akhir) dan kami perlu memberi perhatian kepada pasukan yang mempunyai pemain yang baik," katanya lagi.
Atletico telah memenangi enam perlawanan berturut-turut di Wanda Metropolitano dan Simeone berpendapat barisan pemain dan penyokong semakin menyesuaikan diri dengan gelanggang baru mereka itu.