Douglas Costa tiba di Turin bagi melengkapkan perpindahan dari Bayern Munich ke Juventus.
Pemain sayap Brazil itu dijangka akan meninggalkan Allianz Arena dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas hanya tampil 14 perlawanan di bawah kendalian Carlo Ancelotti, musim lalu.
Juventus dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk meminjam Costa.
Bekas pemain Shakhtar Donetsk itu menjadi pemain terbaru membabitkan jaguh Jerman dan Itali itu selepas menjalin usaha menerusi Arturo Vidal, Kingsley Coman dan Medhi Benatia.
Benatia akhirnya menyertai Juventus secara kekal dan pemain Maghribi itu akan memainkan peranan penting untuk membantu Costa menyesuaikan diri dalam Serie A selepas mengalu-alukan kehadirannya menerusi akaun Twitter peribadinya.