Skip to main content

Bola Sepak

Costa perlu kembali beraksi di Stamford Bridge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazardcosta-cropped_1jquxccce8ikp1vi24actpdqfd_1.jpg
Pemain Chelsea, Eden Hazard, mengharapkan rakan sepasukannya, Diego Costa, akan kembali beraksi di Stamford Bridge walaupun pengendali, Antonio Conte, sebelum ini secara terbuka mendedahkan Costa tiada di dalam perancangannya.

Walaupun nama Costa tiada dalam skuad terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), penyerang kelahiran Brazil itu tetap tersenarai dalam 25 pemain Chelsea untuk menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Situasi itu menyaksikan Costa berkemungkinan dapat beraksi semula buat The Blues dan bagi Hazard, dia sentiasa mengalu-alukan kehadiran semula rakan sepasukannya itu walaupun sedar dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa.

“Costa? Kami bersama selama tiga tahun dan memenangi banyak kejuaraan. Walaupun tidak berjaya menjulang UCL, kami tetap berjaya menjadi juara EPL.

“Saya mahukannya kembali tetapi anda tahu bahawa saya tiada sebarang kuasa untuk membuat keputusan. 

“Saya berharap dapat menyaksikan semula aksi Costa di atas padang kerana dia adalah seorang pemain yang hebat,” kata Hazard.

Pemain Belgium itu turut optimis Chelsea akan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu walaupun memulakan saingan musim ini dengan kekalahan di tangan Burnley.

“Kami mahu memenangi sesuatu yang besar bersama Chelsea dan itu yang kami usahakan pada setiap awal musim.

“Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah tetapi kami memiliki pemain-pemain serta pengurus yang hebat, jadi kami sudah bersedia,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video