Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, percaya bahawa Diego Costa kini merupakan pemain paling diperlukan oleh pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan.
Costa kembali beraksi bersama Atletico sejak awal bulan ini selepas melengkapkan perpindahan dari Chelsea pada September tahun lalu.
Dia membantu dalam menghasilkan jaringan Yannick Carrasco ketika Los Rojiblancos menewaskan Lleida 3-0 dalam aksi Copa Del Rey, sekaligus melibatkan diri dalam tiga gol hasil daripada tiga perlawanan.
Costa sebelum ini meledakkan jaringan ketika perlawanan pertama menentang Lleida, sebelum meneruskan kecemerlangan dengan gol menentang Getafe.
Dia yang sebelum ini memacu Atletico meraih kejuaraan LaLiga serta membantu melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 2013/14, pantas membuatkan Simeone gembira dengan kehadiran semulanya.
"Saya yakin bahawa Costa telah muncul sebagai pemain paling penting yang beraksi buat Atletico sejak beberapa tahun," kata Simeone.
Pengurus dari Argentina itu juga memuji perkembangan seorang lagi pemain, Vitolo, selepas turut meletakkan nama dalam senarai penjaring ketika bertemu Lleida.
"Dia mengharungi perlawanan yang menarik dan semakin memenuhi tuntutan pasukan.
"Vitolo mengawal bola dengan baik dan menyertai gerakan serangan dengan sempurna dari dalam dan luar," tambahnya.