Skip to main content

Bola Sepak

Costa ikrar bantu PKNP FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramon-da-silva-costa.jpg
Pemain import baru PKNP FC, Ramon Da Silva Costa, bertekad membantu pasukan itu kekal dalam Liga Super.

Walaupun kedudukan pasukan itu ketika ini kurang memberangsangkan kerana berada di tangga kedua tercorot, Costa yakin PKNP FC boleh diselamatkan.

Costa yang hadir bagi menggantikan Thomas Abbey akan bergandingan tenaga dengan empat lagi awang import, Yashir Pinto, Amani Aguinaldo, Giancarlo Lopes Rodriguez dan Pedro Victor Calil Sandoval.

"Saya lihat pasukan ini terdiri daripada ramai tenaga muda dan mempunyai semangat juang yang kental.

"Saya yakin mereka tidak akan menyerah mudah tanpa melawan dalam baki tujuh perlawanan nanti, " katanya.

Pemain berasal dari Brazil itu yang boleh beraksi sebagai penyerang dan di bahagian tengah juga berharap rakan sepasukannya mampu bangkit selepas mengalami kekalahan 1-4 di tangan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir mereka.

"Agak malang saya memulakan kerjaya bersama PKNP dengan nota kekalahan.

"Ia satu igauan buruk dan ingin dilupakan segera, "katanya

Costa berkata tempoh berehat selama dua minggu sebelum turun beraksi pada 14 Jun ini merupakan peluang terbaik buat jurulatih, Abu Bakar Fadzim, memperbaiki segala kepincangan pasukan.

Advertisement

Must Watch Video