Skip to main content

Bola Sepak

Coronavirus: Hudson-Odoi pemain Liga Perdana Inggeris pertama positif ujian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

callumhudson-odoi-cropped_5ock1zme2puz1o3jrfrmw1yot.jpg
Penyerang Chelsea, Callum Hudson-Odoi, didapati positif ujian selepas disahkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Hudson-Odoi, 19, menjadi pemain pertama dalam Liga Perdana Inggeris positif dalam ujian COVID-19 dan kini, seluruh skuad Chelsea termasuk barisan kejurulatihan dan di bilik persalinan diasingkan.

Bangunan skuad lelaki akan ditutup tetapi kemudahan latihan kelab serta Stamford Bridge akan berjalan seperti biasa.

"Hudson-Odoi menunjukkan menunjukkan simptom seperti selesema pada pagi Isnin lalu dan tidak berada di pusat latihan sejak itu sebagai langkah berjaga-jaga," kata wakil kelab itu.

"Bagaimanapun, ujian yang dilalui didapati positif semalam dan akan menjalani proses pengasingan.

"Walaupun positif COVID-19, Hudson-Odoi berada dalam keadaan baik dan mahu kembali ke pusat latihan secepat mungkin."

Wakil Chelsea itu juga menambah: "Kami mengucapkan Hudson-Odoi semoga cepat sembuh dan mengalu-alukannya untuk kembali ke kelab selepas ini."

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, juga positif ujian COVID-19 dan pertemuan pasukannya dengan Brighton and Hove Albion telah ditangguhkan.

Pihak Liga Perdana Inggeris akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini tatkala Chelsea dijadualkan bertandang ke Aston Villa, esok.

Advertisement

Must Watch Video