Brighton and Hove Albion mengumumkan aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal ditangguhkan selepas pengurus The Gunners, Mikel Arteta, positif dalam ujian Coronavirus.
Semalam, Arsenal mengumumkan bahawa Arteta dijangkiti wabak itu, tidak lama selepas pihak Liga Perdana Inggeris mengesahkan semua perlawanan hujung minggu ini dijalankan seperti biasa.
Selepas laporan tentang Arteta didedahkan, pihak Liga Perdana Inggeris kemudian memaklumkan satu mesyuarat gempar melibatkan kelab akan diadakan hari ini, di mana penangguhan perlawanan dijangka akan dilakukan.
Bagaimanapun, Brighton terlebih dahulu mengesahkan bahawa aksi menentang The Gunners esok tidak akan dijalankan tatkala skuad utama Arsenal kini diasingkan.
Ketua eksekutif kelab, Paul Barber, berkata: "Keutamaan kami adalah Arteta dan kami mengucapkan semoga dia cepat sembuh.
"Tentunya keadaan kesihatan individu menjadi keutamaan, jadi aksi esok telah ditunda.
"Kami memohon maaf kepada semua penyokong atas situasi ini tetapi percaya semua orang faham dengan perkara yang dihadapi.
"Liga Perdana Inggeris mengumumkan satu mesyuarat akan diadakan hari ini dan kami akan memaklumkan penyokong sebarang perubahan jadual serta maklumat lain."

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM