Pemain berdarah campuran Malaysia-Barbados, La'Vere Corbin-Ong, memerlukan masa mempertimbangkan keputusan untuk bersama skuad negara selepas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, menyuarakan hasrat untuk menggunakan khidmatnya.
Corbin-Ong menganggap dua perlawanan belum cukup untuk menilai keperluannya bersama skuad negara selain dia sendiri memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan atmosfera bola sepak Malaysia.
"Keutamaan ketika ini adalah bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Apa yang berlaku selepas itu akan dipertimbangkan.
"Jelas sekali, fokus saya adalah membantu JDT mendapatkan mata," katanya.
Justeru, tidak hairanlah Cheng Hoe menyuarakan hasrat untuk menggunakan beberapa nama, termasuk pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu,bagi menghadapi cabaran skuad kebangsaan tahun ini.
Pemain tinggi lampai itu mengakui teruja dengan aksinya bersama JDT dan mengharapkan ia dapat diteruskan dalam penampilan seterusnya.
"Saya menghasilkan satu bantuan gol dalam penampilan saya.
"Saya berjaya memperlihatkan kemampuan saya di depan penyokong.
"Itulah saya dambakan daripada penyokong. Sorakan mereka menghangatkan permainan," kata pemain yang pernah beraksi dalam kancah Jerman itu.