Corbin Ong tiada ganti

Najmi Iman
April 4, 2024 17:58 MYT
Sejak kali pertama kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani pertahanan kiri, Corbin Ong, pada November 2017, dia berkembang menjadi pertahanan kiri yang sukar dicabar oleh pemain lain.
Pemain berdarah kacukan Malaysia-Barbados itu telah mendominasi posisi pertahanan kiri dengan mempamerkan rekod yang sangat cemerlang.

JOHOR DARUL TA’ZIM FC PLAYER STATISTICS Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/Ua6aEvL732

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi perkongsian dari Johor Southern Tigers, bekas pertahanan terbaik itu merekodkan 176 penampilan bersamaan 16301 minit terkumpul sepanjang menjadi pemain JDT.
Dia juga telah melakukan 21 bantuan jaringan dan menjaringkan enam gol secara keseluruhan.
Penampilannya yang memukau bukan sahaja menjadi taruhan di JDT, malah sering menjadi pilihan utama pasukan kebangsaan.
#JDT #Harimau Malaya #Corbin Ong
;