Skip to main content

Bola Sepak

Coppa Italia: Lukaku bantu Inter ikat Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

romelu-lukaku_1cc26ym5xpx4k1acbeqmfyr5q6.jpg
Romelu Lukaku menjaringkan sepakan penalti pada penghujung permainan sebelum diarah keluar padang apabila Inter memperoleh keputusan seri 1-1 di Juventus dalam aksi separuh akhir pertama Coppa Italia awal pagi tadi.

Penyerang pinjaman, Lukaku, menyamakan kedudukan untuk Inter dalam masa kecederaan di Stadium Allianz selepas Bremer dihukum kerana bola terkena tangan dalam kotak penalti, sebelum penjaring gol itu diarah keluar padang kerana bertengkar dengan Juan Cuadrado.

Cuadrado, yang terlebih dahulu bersangka berjaya memastikan kemenangan dengan gol pada minit ke-83, turut dilayang kad merah bersama-sama kapten Inter, Samir Handanovic berikutan pertengkaran di antara dua pemain itu.

Pengakhiran perlawanan yang mengejutkan itu kembali bakal menyaksikan Inter beraksi di laman sendiri pada 26 April dalam usaha untuk mara ke final.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video