Coppa Italia: Juventus perlu waspada ancaman Inter, kata Allegri
Ammar Hakim
April 4, 2023 14:06 MYT
April 4, 2023 14:06 MYT
Massimiliano Allegri menegaskan Juventus tidak akan memandang rendah situasi semasa Inter.
Kedua-dua pasukan bertemu awal pagi esok dalam perlawanan pertama separuh akhir Coppa Italia, kurang daripada tiga minggu sejak kali terakhir mereka bertemu di Serie A.
Dalam kesempatan itu, gol Filip Kostic membantu Juventus meraih kemenangan 1-0 dalam pertembungan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berakhir dengan 10 pemain di atas padang.
Keputusan itu menyumbang kepada empat perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut untuk Inter, tetapi di sebalik masalah mereka, Allegri masih melihat pasukan kendalian Simone Inzaghi sebagai ancaman serius.
“Ia adalah pertandingan yang berbeza, tetapi ia sentiasa Juventus [berlawan] Inter,” katanya.
“Kami mesti mewujudkan corak permainan yang terbaik untuk ke peringkat seterusnya.
"Ia bukan perlawanan yang mudah. Inter kekal sebagai pasukan yang kuat, tanpa mengira saat [mereka berada]. Sebenarnya, pada saat inilah kami perlu mengekalkan perhatian kami.
"Terlalu banyak pujian untuk Juventus boleh menyebabkan kami kehilangan sentuhan dengan realiti. Kami berdepan pasukan yang kuat, dari segi fizikal dan teknikal. Mereka telah tewas beberapa perlawanan, [tetapi] kami perlu memberi perhatian."
?⚪️⚫️ pic.twitter.com/2ZS1dqPTBH
— JuventusFC ???? (@juventusfcen) April 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.