Skip to main content

Bola Sepak

Coppa Italia: Juventus julang piala pertama dalam tempoh tiga tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juventuys.jpg
Juventus 1-0 Atalanta

Jaringan awal Dusan Vlaholic membantu Juventus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta dalam perlawanan akhir Coppa Italia di Stadium Olimpico, awal pagi tadi sekaligus memenangi piala pertama mereka dalam tempoh tiga tahun.

Vlahovic meletakkan Juventus di hadapan pada seawal minit keempat selepas dia menerima hantaran daripada Andrea Cambiaso dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang Marco Carnesecchi.


 
Skuad kendalian Massimiliano Allegri itu telah bermain dalam 22 perlawanan Coppa Italia dan berjaya merangkul 15 gelaran juara dan kali terakhir mereka menang piala itu adalah pada musim 2020/2021.

   

Advertisement

Must Watch Video