JUVENTUS 2 INTER 1
Cristiano Ronaldo "membuktikan betapa berharga sentuhannya" dalam kemenangan 2-1 Juventus ke atas Inter dalam kempen Coppa Italia, menurut pengurus The Old Lady, Andrea Pirlo.
Ronaldo, yang direhatkan dalam pusingan pertama menentang SPAL bulan lalu, membuka tirai jaringan dalam pertemuan pertama separuh akhir di San Siro itu, awal pagi tadi.
Bintang Portugal itu muncul pemain terbanyak mencatatkan jaringan berganda dalam kalangan lima liga teratas Eropah apabila mengulanginya buat kali kelapan musim ini.
Justeru, Pirlo memuji Ronaldo yang kemudian digantikan oleh Alvaro Morata dengan baki 13 minit permainan.
"Dia beraksi dengan sangat baik dan membuktikan nilainya," kata Pirlo.
Berhubung penggantian Ronaldo, Pirlo menambah: "Dia kerap diturunkan dan kami akan menempui jadual yang sangat padat.
"Sabtu ini (tengah malam Ahad) kami akan berdepan perlawanan getir dengan Roma, jadi saya fikir adalah lebih baik memberinya rehat dan peluang memulihkan tenaganya."
Jaringan bekas bintang Real Madrid itu memadam gol pendahuluan Lautaro Martinez yang membantu Inter menundukkan Juve dalam pertembungan Serie A bulan lalu.
Pirlo, yang pasukannya memenangi Supercoppa Italiana ke atas Napoli bulan lalu, menganggap pasukannya telah belajar daripada kekalahan kepada Inter dalam liga.
"Mujur kami bukan beraksi untuk perlawanan kalah mati ketika itu, ia memberi kami pengajaran dan mendorong kami mengadakan perbincangan.
"Dan kemenangan dalam Supercoppa ini membuatkan kami sedar bahawa kami mampu bersaing dalam setiap objektif. Kami belum mencapai apa-apa lagi, kami baru sahaja memenangi pertemuan pertama, "katanya.
Kedua-dua pasukan akan kembali membuat perhitungan pertengahan minggu depan selepas Juve menghadapi ujian Roma, hujung minggu ini.
"Kami telah membuat persiapan dengan baik.
"Jika kami fokus dan mempunyai sikap yang tepat, ia menjadi sukar buat semua pasukan walaupun kami sedar bukannya mudah untuk mengekalkan rentak seperti ini dengan beraksi dalam setiap tiga hari.
"Namun, kami mempunyai skuad yang besar dan tiada masalah untuk menggilirkan pemain. Dalam babak kedua, persembahan kami sedikit menurunkan dan memandangkan kami menghadapi sedang Inter, ia sesuatu yang normal dalam 90 minit permainan."

??? ??????????! ??#InterJuve #CoppaItalia #ForzaJuve pic.twitter.com/UvcHBDndBA
— JuventusFC (@juventusfcen) February 2, 2021