Skip to main content

Bola Sepak

Coppa Italia: Fiorentina selesa pertahan kelebihan ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fiorentina.jpg
FIORENTINA 0 CREMONESE 0 
(Fiorentina mara dengan agregat 2-0)

Fiorentina mengesahkan slot ke final Coppa Italia selepas seri 0-0 dengan Cremonese di Stadio Artemio Franchi, awal pagi tadi, secara tidak langsung memastikan agregat kemenangan ​ 2-0.


Rentak hambar pada awal permainan sekadar menyaksikan beberapa peluang dicipta kedua-dua pasukan sebelum minit ke-73 menjengah.

Cremonese memiliki peluang terhidang menerusi tandukanjarak dekat  Charles Pickel tetapi penjaga gol Fiorentina, Pietro Terracciano, pula bertindak cemerlang. 




Beberapa saat kemudian, lencongan Nicolas Gonzalez sedikit tersasar tetapi secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perlawanan tanpa sebarang peluang menarik. 

Tuan rumah hanya sekali berhasil dalam percubaan tepat daripada 13 usaha, manakala Cremonese hanya mampu melancarkan dua percubaan tepat ketika anak buah Vincenzo Italiano itu selesa mengekalkan kelebihan mereka.

Fiorentina berharap untuk menemui semula prestasi sebenar mereka yang menyaksikan mereka memenangi 10 perlawanan berturut-turut tetapi berdepan kemunduran dalam empat aksi terakhir. 

Namun, mereka mempunyai persediaan hampir sebulan untuk bertemu Inter dalam misi menjulang Coppa Italia ketujuh. 

La Viola akan menentang Nerazzurri dalam perlawanan akhir pada 25 Mei depan selepas barisan kendalian Simone Inzaghi itu menyingkirkan Juventus dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, semalam. 

Advertisement

Must Watch Video