BOLA SEPAK
Coppa Italia: Acerbi selamatkan maruah Nerazzurri
Penyandang juara, Inter, bergelut mencari jalan mengatasi kelab Serie B, Parma sebelum menang 2-1 dalam masa tambahan untuk melangkah ke suku akhir Coppa Italia di San Siro.
Jaringan Stanko Juric pada penghujung separuh masa pertama kelihatan cukup buat skuad kendalian Fabio Pecchia, sebelum Lautaro Martinez menemui jaringan penyamaan pada percubaan pertama tepat ke sasaran buat Inter pada minit ke-88.
The Nerazzurri kelihatan terpaksa bertahan terlebih dahulu dalam masa tambahan, sebelum Francesco Acerbi memenanginya dengan tandukan yang cukup berbisa.
Iklan
Simone Inzaghi melakukan tujuh pertukaran daripada keputusan seri 2-2 dengna Monza Sabtu lalu, dengan Danilo D'Ambrosio, Robin Gosens dan Denzel Dumfries antara yang turun beraksi, manakala Gianluigi Buffon turun sebagai penjaga gol utama Parma, tetapi pemain berusia 44 tahun itu hanya mula bekerja keras pada minit ke-87.
Selepas permulaan yang suram, kelab Serie B itu mendahului apabila Simon Sohm bijak mencari Juric, yang masuk menggantikan Dennis Man, meledak masuk bola melepasi gawang yang diawasi Andre Onana.
9 - Inter have progressed the round of 16 in each of the last nine season in Coppa Italia, going to extra time in each of the most recent three (v Fiorentina, Empoli and Parma). Photo-finish.#InterParma— OptaPaolo (@OptaPaolo) January 10, 2023
Dengan perlawanan berbaki dua minit, Martinez melegakan penyokong tuan rumah dengan gol sekaligus memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Pelawat terus mempamerkan aksi cemerlang 30 minit berikutnya, beberapa gerakan cemerlang Parma hampir mengecewakan Inter sebelum Acerbi mencari jalan untuk mengatasi Buffon buat kali kedua sekaligus menyingkirkan Parma.
Must-Watch Video