Skip to main content

Bola Sepak

Copa Libertadores: Rodriguinho, Jadson kekalkan permulaan baik Cruzeiro

cruzeiro.jpg
CRUZEIRO 2 DEPORTIVO LARA 0

Cruzeiro meraih kemenangan kedua dalam Copa Libertadores selepas menundukkan Deportiva Lara 2-0 di Belo Horizonte, sebentar tadi.


Jaringan minit ketujuh Rodriguinho serta gol saat-saat akhir Jadson memastikan kemenangan Cruzeiro terhadap wakil Venezuela itu sekali gus kekal sebagai pendahulu Kumpulan B.

Cruzeiro memulakan kempen musim ini dengan kemenangan keatas Huracan, awal bulan ini dan pasukan Brazil itu mengekalkan rekod 100 peratus hasil jaringan Rodriguinho dan pemain gantian, Jadson.

Bekas pemain kebangsaan Brazil, Fred, melakukan hantaran terus kepada Rodriguinho, yang kemudian menewaskan Carlos Salazar untuk tuan rumah berada di depan sepanjang babak pertama.

Jadson, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, memastikan kemenangan itu menerusi sepakan lencong pada minit ke-95 untuk Cruzeiro kini melebarkan rekod kemenangan mereka kepada enam perlawanan dalam kesemua kejohanan.

Advertisement

Must Watch Video