BOLA SEPAK
Copa Libertadores: Jaringan Gabigol sahkan kejuaraan ketiga Flamengo
ATLETICO PARANAENSE 0 FLAMENGO 1
Gabriel Barbosa menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Flamengo menewaskan 10 pemain Athletico Paranaense untuk kemenangan 1-0 bagi ditabalkan juara Copa Libertadores buat kali ketiga.
Pertembungan di antara wakil Brazil di Estadio Monumental Banco Pichincha, Ecuador, itu diputuskan oleh sentuhan pemusnah 'Gabigol' yang merobek gawang lawan dalam masa kecederaan babak pertama.
Iklan
Perlawanan berlangsung seimbang pada awalnya sebelum menjadi berat sebelah sebaik Pedro Henrique dibuang padang akibat kad kuning kedua pada minit ke-43 kerana mengasari Ayrton Lucas.
Athletico terpaksa membayar harga mahal apabila umpanan Everton Ribeiro dari sebelah kanan menemui penyerang Brazil itu.
VENCER. VENCER. VENCER.#M3NGO pic.twitter.com/dcMeZ0SJ0I— Flamengo (@Flamengo) October 29, 2022
Barbosa berpeluang menokok jaringan selepas enam minit permainan bersambung apabila menerima hantaran Giorgian de Arrascaeta, tetapi penjaga gol Athletico, Bento, sudah bersedia untuk menghalang percubaannya tatkala pasukan kendalian Luiz Felipe Scolari itu berusaha untuk menyamakan kedudukan.
Sepakan percuma dari jarak hampir 30 ela oleh pemain gantian Athletico, David Terans, sempat menguji Aderbar Santos pada lewat permainan, tetapi pasukan bimbingan Dorival Junior itu kental mempertahankan kedudukan jaringan tunggal berkenaan.
Must-Watch Video