BOLA SEPAK
Copa Libertadores: Flamengo benam Barcelona dalam penampilan pertama David Luiz
FLAMENGO 2 BARCELONA 0
Bruno Henrique menjaringkan dua gol dan David Luiz melakukan penampilan pertamanya untuk juara dua kali, Flamengo, menewaskan Barcelona 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Copa Libertadores hari ini.
Flamengo membawa kelebihan selesa itu hasil jaringan berganda Bruno Henrique dalam babak pertama, di mana pertahanan veteran, David Luiz, turun beraksi buat kali pertama sejak meninggalkan Arsenal.
Iklan
Pasukan pelawat dari Ecuador, Barcelona, terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nixon Molina diarahkan keluar padang dalam waktu kecederaan babak pertama sementara pemain gantian Flamengo, Leo Pereira -- yang menggantikan David Luiz menjelang sejam permainan -- turut menerima nasib sama pada minit ke-89.
David Luiz menyertai pasukan gergasi Brazil, Flamengo, awal bulan ini selepas meninggalkan Arsenal hujung musim lalu tetapi rakan sepasukannya, Bruno Henrique, muncul pemain paling menyerlah dalam perlawanan itu.
Gabriel 'Gabigol' Barbosa mencetuskan gol pembukaan pada minit ke -21 menerusi hantaran lintang sempurnanya yang ditanduk masuk Bruno Henrique bagi mengatasi penjaga gol Barcelona, Javier Burrai.27 - Bruno Henrique has been involved in 27 goals in the last five editions of the Libertadores (16 goals + 11 assists), the second most by any player, only one behind Gabi (28, 22 goals + 6 assists). Duo. pic.twitter.com/SMhhI0wx5u— OptaJoao (@OptaJoao) September 23, 2021
Andreas Pereira -- yang dipinjam daripada gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United -- melakukan percubaan jarak jauh buat Flamengo tetapi ia sekadar menggegarkan palang gol lawan.
Bagaimanapun, Bruno Henrique berhasil menggandakan gol peribadinya pada tujuh minit terakhir babak pertama setelah bergandingan dengan Vitinho dalam satu gerakan serangan balas.
Ia merupakan kemenangan ke-49 ketua jurulatih Flamengo, Renato Gaucho, dalam Copa Libertadores untuk kini menyamai rekod kemenangan terbanyak dalam sejarah kejohanan itu yang dahulunya hanya milik Gabriel Ochoa Uribe.?⚫⚽ All of the highlights as @Flamengo_en topped @BarcelonaSC 2⃣-0⃣ tonight at the Maracanã in the first leg of the CONMEBOL #Libertadores Semifinals!? @FTBSantander pic.twitter.com/umyGpXHHUI— CONMEBOL Libertadores (@TheLibertadores) September 23, 2021
Barcelona seterusnya akan menantikan kehadiran Flamengo di laman mereka pada Rabu depan, di mana pemenang dalam penentuan itu akan bertemu sama ada Palmeiras atau Atletico Mineiro dalam penentuan gelaran.
49 - Renato Gaúcho has won 49 games in Libertadores as a manager, the joint-most by any manager in the history of the tournament, alongside Gabriel Ochoa Uribe. Hierarchy. pic.twitter.com/oBgSa6nsrS— OptaJoao (@OptaJoao) September 23, 2021
Must-Watch Video