Bintang Harimau Malaya, Imanol Machuca. dilaporkan boleh mewakili Velez Sarsfield menentang kelab induknya, Fortaleza, bagi pertembungan pusingan 16 Copa Libertadores di Buenos Aires pada 20 Ogos ini.
Machuca menyertai kelab Brazil, Fortaleza, pada 2023, di mana dia telah melakukan 65 penampilan dan menghasilkan enam gol dan lima bantuan jaringan.
Bagaimanapun, pemain sayap natrualisasi negara itu dipinjamkan ke kelab negara kelahirannya, Velez pada awal tahun ini dan dia dilihat dapat memberikan impak segera dengan menghasilkan satu jaringan dan satu bantuan jaringan daripada 15 penampilan setakat ini.
Laman media Velez, Sabado Velez, dalam satu kiriman melaporkan pemain kelahiran Roldan, Argentina itu akan dapat beraksi ketika Velez menentang Fortaleza memandangkan tiada sebarang sekatan terkandung dalam kontraknya untuk dia menentang kelab induknya itu.
Laman berkenaan turut melabel Machuca sebagai pemain Velez paling menyerlah menjelang sejak permulaan fasa kedua liga musim ini.
Sebagai rekod, Velez kini menduduki tangga kelima Kumpulan B, Argentine Primera División dengan lima mata daripada tiga perlawanan.

? Imanol Machuca podrá jugar sin problemas ante su ex equipo, Fortaleza ??, por Copa Libertadores.
— Sábado Vélez (@sabadovelezok) July 29, 2025
? No existe ninguna cláusula en el contrato de préstamo que le impida enfrentar al dueño de su ficha.
? El extremo ha sido uno de los destacados de #Vélez en esta reanudación. pic.twitter.com/Vxbvk1Vr0U