Skip to main content

Bola Sepak

Copa del Rey: Sumbangan Rodrygo berjaya tamatkan penantian sembilan tahun Real Madrid muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrygo_1rq4sfwjnpbd1jjcb8w3r90fa.jpg
Dua gol Rodrygo memastikan Real Madrid menjulang Copa del Rey apabila mereka menewaskan Osasuna 2-1 dalam aksi final semalam.

Penyerang skuad kebangsaan Brazil itu menjaringkan dua gol untuk membenarkan Los Blancos meraih trofi kedua musim ini di hadapan Estadio de La Cartuja.

Bagi pasukan kendalianCarlo Ancelotti, kemenangan itu menamatkan kemarau sembilan tahun dalam pertandingan piala paling berprestij di Sepanyol, dengan Real kali terakhir menang pada 2014 bersama pengurus Itali itu sebelum ini.

Tetapi ia adalah keputusan yang sukar untuk diterima Osasuna yang dibimbing Jagoba Arrasate, selepas serangan Lucas Torro memberi mereka harapan untuk kecewa dalam penampilan pertama mereka dalam final Copa del Rey dalam tempoh 18 tahun.

Real membuktikan mereka selaku pasukan piihan dalam masa dua minit apabila Rodrygo menampan masuk hantaran Vinicius Junior melepasi penjaga gol, Sergio Herrera.

Dibolosi di awal permainan mendorong Osasuna segera melakukan serangan, dengan Ante Budimir memaksa Thibaut Courtois menafi deretan peluang, manakala Dani Carvajal dipaksa bekerja keras mengeluarkan percubaan Abde Ezzalzouli dari garisan gol.
 

David Alaba menggegar palang ketika Real menyasarkan gol kedua, dengan rayuan Vinicius untuk mendapatkan penalti tidak diberikan.

Real dihukum susulan gagal melunaskan peluang mereka untuk menjaringkan gol, apabila Torro menyamakan kedudukan mengatasi Courtois sejurus perlawanan melewati tempoh satu jam waktu permainan.

Bagaimanapun, Real bangkit selepas percubaan Toni Kroos terbias berjaya disambar Rodrygo untuk meledak gol kedua pasukan. 

Karim Benzema gagal untuk menyerikan kemenangan dan mereka sekali lagi hampir dihukum dalam masa kecederaan, tetapi Carvajal berjaya menafikan usaha Kike Barja dan Real menamatkan penantian untuk menjulan gelaran Copa buat kali ke-20.
 

Advertisement

Must Watch Video