Skip to main content

Bola Sepak

Copa del Rey: Real Madrid bangkit ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dani-ceballos-and-vinicius-junior.jpg
VILLARREAL 2 REAL MADRID 3

Gol lewat permainan daripada Dani Ceballos memastikan Real Madrid menewaskan Villarreal 3-2 di Estadio de la Ceramica untuk ke suku akhir Copa del Rey awal pagi tadi.

Madrid tewas 1-3 kepada seteru tradisi, Barcelona, dalam final Supercopa de Espana hujung minggu lalu dan mereka ketinggalan dua gol menjelang waktu rehat perlawanan kali ini selepas Etienne Capoue dan Samuel Chukwueze menemui sasaran buat Villarreal, masing-masing pada minit keempat dan ke-42.

Bagaimanapun, Vinicius Junior merapatkan jurang itu pada minit ke-57 sebelum Eder Militao melakukan penyudah jarak dekat untuk menyamakan kedudukan buat pelawat berselang 12 minit.

Ketika perlawanan pusingan 16 itu kelihatan akan diheret ke masa tambahan, Ceballos muncul wira Madrid apabila merembat masuk gol kemenangan Los Blancos untuk menghidupkan perjuangan mereka dalam memburu gelaran ke-20 Copa del Rey.
 
 

Advertisement

Must Watch Video