Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, memahami perasaan peminat kelab yang mengejek barisannya dalam kemenangan 5-2 pusingan 16 Copa del Rey ke atas Celta Vigo, awal pagi tadi.
Tindakan itu boleh difahaminya selepas prestasi mengecewakan dibelasah Barcelona 2-5 dalam Piala Super Sepanyol, hujung minggu lalu.
Ancelotti gembira anak buahnya menunjukkan karakter sebenar tanpa terjejas dengan kemarahan penyokong untuk menjamin kemaraan ke suku akhir biarpun membenarkan Celta bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan 2-2 yang menheret permainan ke tambahan masa.
Dan dua percubaan pemain remaja Brazil, Endrick, menggegar gawang sebelum penyudah Federico Valvarde memuktamadkan langkah Real ke pusingan seterusnya.
"Saya melihatnya sebagai seruan kebangkitan daripada peminat kepada pasukan dan jurulatihnya.
"Ia adalah seruan kebangkitan yang boleh diterima selepas apa yang berlaku ketika kami menghadapi Barcelona.
"Pasukan bertindak balas dengan baik," katanya pada sidang akhbar.
π @RealMadridEN 5-2 @RCCeltaEN
β Real Madrid C.F. π¬π§πΊπΈ (@realmadriden) January 16, 2025
β½ 37' @KMbappe
β½ 48' @ViniJr
β½ 83' Bamba
β½ 90'+1' Marcos Alonso (p)
β½ 108' @Endrick
β½ 112' @FedeeValverde
β½ 119' @Endrick#LaCopaMola | @Emirates pic.twitter.com/nvmUqpQjBP
"Peminat mencemuh supaya kami bangkitan, kemudian kami sendiri yang merumitkan perlawanan ini walhal sudah mendahului 2-0. Tetapi kemudian penyokong mula mendesak dan apabila Santiago Bernabeu menjadikan ia sesuatu yang sangat istimewa buat kami.
"Nasib baik kami beraksi dengan baik dalam masa tambahan dan berjaya memenangi perlawanan itu, jadi semuanya baik-baik sahaja pada akhirnya."