Atmosfera separuh akhir pertama Copa del Rey pastinya menaikkan adrenalin penyokong ekoran lapan jaringan dicatatkan dalam perlawanan Barcelona menentang Atletico Madrid di Stadium Olimpik Lluis, awal pagi tadi.
Barcelona yang bermain di tempat sendiri terlebih dahulu menerima tekanan awal sebelum hampir meraikan kemenangan, namun diberikan harapan palsu oleh skuad kendalian Diego Simeone yang berjaya menyamakan kedudukan minit akhir permainan.
Pasukan pelawat pantas membuka aksi dengan dua jaringan awal menerusi bekas pemain Manchester City, Julian Alvarez, sebelum Antoine Griezmann menambah mimpi ngeri 2-0 buat Wojciech Szczęsny berselang lima minit kemudian.
Tersentak, pasukan bimbingan Hansi Flick mengatur strategi demi memulihkan semula maruah yang hampir tercalar dan detik kebangkitan tiba pada minit ke-19 menerusi gol pemain kebangsaan Sepanyol, Pedri, untuk merapatkan jurang kedudukan.
Tandukan Pau Cubarsi menerjah jaring menghidupkan semula keyakinan peminat tempatan sebelum giliran Inigo Martinez memberi senyuman buat seluruh pasukan untuk kedudukan 3-2.
Kemasukan penyerang Poland, Robert Lewandowski, ternyata memberi manfaat 4-2 buat Barcelona yang semestinya mahu membawa bekalan gol selesa ke Stadium Metropolitano nanti.
Tempoh riang Barcelona tiba-tiba bertukar tragis selepas Marcos Llorente menampan bola yang memberi harapan buat Atletico Madrid.
Sebelum permainan berakhir, Alexander Sorloth diangkat sebagai wira finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2014 itu susulan menyamakan kedudukan 4-4 pada minit ke-93.
Kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata menjelang aksi timbal balik kedua kelak.

1’—Barcelona 0-1 Atlético
— B/R Football (@brfootball) February 25, 2025
6’—Barcelona 0-2 Atlético
19’—Barcelona 1-2 Atlético
21’—Barcelona 2-2 Atlético
41’—Barcelona 3-2 Atlético
74’—Barcelona 4-2 Atlético
84’—Barcelona 4-3 Atlético
90+3’—Barcelona 4-4 Atlético
The first leg of this Copa del Rey semifinal delivered ? pic.twitter.com/8a3Tv3VpDE