Copa America: Paraguay mangsa aksi garang Brazil

Shaiful Shamsudin
Jun 29, 2024 03:39 MYT
PARAGUAY 1 BRAZIL 4
Brazil bangkit daripada persembahan hambar ketika Vinicius Junior menjadi tunjang kemenangan ketika mereka membelasah Paraguay 4-1 dalam pertembungan Kumpulan D, Copa America di Nevada sebentar tadi.
Penyerang Real Madrid itu acap mencipta gerakan berbahaya dari sayap kiri dan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 ketika dia menyudahkan hantaran Lucas Paqueta.
Pemain sayap Girona, Savio, kemudian menggandakan kelebihan juara sembilan kali itu selepas menerpa bola melantun di dalam kotak penalti sebelum Vinicius memerangkap Omar Alderete bagi mencetak gol kedua peribadinya dalam masa kecederaan separuh masa pertama.

BRASIL ESCALADO! ???? Escalação para Brasil x Paraguai! Vestindo a Amarelinha, a Seleção Brasileira entra em campo às 22h, pela fase de grupos da Copa América. VAAAAAAMOOOOO! ??? #ThisIsBrasil #CopaAmerica2024 #BRAxPAR pic.twitter.com/9qO53Y4CvS

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Paraguay kembali menjaringkan gol selepas rehat yang menyaksikan Alderete menebus kesilapan awalnya itu termasuk kegagalan menyempurnakan sepakan penalti menerusi jaringan jarak jauh, namun tetapi sebarang harapan mereka untuk bangkit dengan lenyap begitu sahaja sebaik gol Paqueta menyusul pada minit ke-68.
Colombia sudah pun layak ke suku akhir sedang mengungguli Kumpulan D dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Brazil di tempat kedua dengan empat mata diikuti Costa Rica dengan satu mata dan Paraguay tercorot tanpa sebarang mata.