Copa America: Luis Suarez buktikan sukar buang tabiat lama

Ammar Hakim
Julai 12, 2024 10:12 MYT
Luis Suarez mencetuskan adegan pelik selepas separuh akhir Copa America antara Uruguay dan Colombia, selepas bertengkar secara fizikal dengan pemain Colombia, Miguel Borja.
Colombia menempah slot ke final Copa America dengan kemenangan 1-0 ke atas Uruguay, dengan Jefferson Lerma menjaringkan gol tunggal perlawanan itu. Tetapi ketika negara Amerika Selatan meraikan kemenangan mereka, Suarez tidak berpuas hati dengan Borja.
Ketika pemain berusia 37 tahun itu menghampiri Borja, klip menunjukkan Suarez menjulurkan kepalanya ke bahu pemain Colombia itu, dalam apa yang kelihatan seperti percubaan untuk menggigit lagi.
Suarez kemudian pergi untuk mengucapkan tahniah kepada James Rodriguez, sebelum kembali ke Borja dan mencetuskan adegan pelik selepas perlawanan.

Luis Suárez tries to bite Colombian player Miguel Borja at the end of the match. ??pic.twitter.com/FddHoEdibA

— Footy Humour (@FootyHumour) July 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua setpemain dan kakitangan kejurulatihan bertelagah, dengan Suarez kemudian dilihat melemparkan tumbukan ke arah salah seorang staf Colombia.
Penyerang Inter Miami itu sebelum ini telah menggigit tiga pemain berbeza sepanjang kariernya, mengakibatkan penggantungan berpanjangan pada setiap kesempatan. Semasa bermain untuk Ajax pada 2010, pemain Uruguay itu menggigit bahu pemain PSV Otman Bakkal, mengakibatkan penggantungan tujuh perlawanan.
Beberapa tahun kemudian, semasa di Liverpool, Suarez kemudiannya digantung sepuluh perlawanan selepas dia menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic. Kemudian, dalam Piala Dunia 2014, FIFA menggantungnya daripada semua aktiviti bola sepak selama empat bulan, selepas dia ditunjukkan telah menggigit Diego Godin.
#Luis Suarez #Colombia #Uruguay #Copa America