BOLA SEPAK
Copa America: Lautaro Martinez pastikan Argentina melangkah ke suku akhir
ARGENTINA 2 PERU 0
Lautaro Martinez meneruskan rentak jaringannya ketika membantu Argentina mengesahkan tangga teratas Kumpulan A berbekalkan kemenangan 2-0, secara tidak langsung menyingkirkan Peru daripada Copa America 2024, sebentar tadi.
Dengan Lionel Messi terpaksa diketepikan akibat masalah pangkal paha, Martinez kemudian tampil menggalas tanggungjawab untuk merobek gawang seteru di Amerika Selatan itu apabila meledak gol pada awal dan penghujung babak kedua bagi meredakan kegelisahan juara bertahan selepas mengharungi 45 minit pertama yang perlahan di Stadium Hard Rock, Miami.
Biarpun Leandro Paredes gagal menyempurnakan sepakan penalti, ia masih belum menggugat kemenangan anak buah Lionel Scaloni itu berikutan kegagalan Peru menghadirkan ancaman.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Argentina akan menentang naib juara Kumpulan B dalam suku akhir, manakala Kanada mengakhir kumpulan sama di tempat kedua selepas seri 0-0 dengan Chile.