COPA AMERICA

Copa America: Kanada sah uji Argentina dalam separuh akhir

06/07/2024 | 04:35 MYT
KANADA 1 VENEZUELA 1
(Kanada menang penentuan sepakan penalti 4-3)
Ismael Kone menghantar Kanada meniti laluan bersejarah ke separuh akhir Copa America selepas menundukkan Venezuela 4-3 dalam penentuan sepakan penalti dalam satu pertemuan klasik, sebentar tadi.
Jacob Shaffelburg membuka jaringan untuk Kanada sebelum kelebihan itu dinafikan Salomon Rondon menerusi gol jarak jauh.
Dengan 32 percubaan yang dilancarkan kedua-dua pasukan, pemenangnya masih perlu ditentukan dalam debaran sepakan penalti, sekali gus menjadi pencabar Argentina di Stadium MetLife, Rabu depan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas kegagalan tendangan Wilker Angel, Kone dengan tenang melepaskan rembatan yang melepasi Rafael Romo untuk memastikan kemenangan mutlak.
#Copa America
;