Copa America: Kanada dilayan seperti warga kelas kedua -- Marsch kritik negara penganjur

Muzaffar Musa
Julai 13, 2024 10:24 MYT
Jesse Marsch berasakan 'Kanada dilayan seperti warga kelas kedua' menujukan kritikannya itu buat pegawai Copa America dengan mendakwa kejohanan itu tidak dianjurkan secara profesional.
The Canucks akan menutup kempen sulung mereka itu dengan berdepan Uruguay bagi penentuan tempat ketiga pada pagi esok.
Pemain lawan mereka itu terlibat pertempuran dengan penyokong Colombia selepas kekalahan dalam separuh akhir pada Khamis lalu selepas keganasan tercetus berdekatan tempat di mana keluarga mereka ditempatkan.
Selepas CONMEBOL mengumumkan bahawa mereka sudah membuka kertas siasatan mengenai Insiden itu, ketua jurulatih Uruguay, Marcelo Bielsa, berekata pemainnya sepatutnya menerima permohonan maaf dan bukannya didenda.
Marsch percaya insiden itu menyerlahkan lagi masalah berlarutan dalam kejohanan itu selepas seorang pemain Kanada mengalami serangan perkauman dalam talian sebaik kekalahan kepada Argentina dalam saingan Kumpulan A.
Walaupun ketua jurulatih Kanada itu bersimpati dengan nasib Uruguay, dia percaya hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika insiden itu melibatkan pasukannya.
“Bagi saya, kejohanan ini tidak profesional,” kata Marsch dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Terdapat terlalu banyak jurang dalam pelaksanaannya.
“Saya melihat apa yang berlaku selepas perlawanan itu, dan pastinya saya tidak tahu semua butirannya tetapi pastinya kami tidak mahu keluarga sesiapa atau keluarga mana-mana pemain ditimpa bahaya.
"Tetapi saya tahu jika pasukan kami bertindak seperti itu, akan ada sekatan yang lebih berat berdasarkan layanan yang kami terima dalam kejohanan ini. Kami telah dilayan seperti warga kelas kedua."
#bola sepak #Canada #Copa America #Jesse Marsch
;