Pengendali Venezuela, Rafael Dudamel, mengarahkan skuad kendaliannya untuk menghormati Bolivia menjelang aksi Copa America.
Dudamel mengemudi Venezuela meraih keputuan seri dengan Brazil dalam aksi terdahulu sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk melangkah ke suku akhir dengan syarat mengatasi Bolivia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Venezuela kini di tangga ketiga Kumpulan A, dua mata di belakang Brazil dan Peru.
Bolivia tewas dua perlawanan sebelum ini apabila tunduk 3-1 kepada Peru dan 3-0 kepada Brazil.
Skuad kendalian Eduardo Villegas itu gagal meraih sebarang kemenangan sejak mengatasi Myanmar 3-0, Oktober tahun lalu.
Tetapi Dudamel menggesa Venezuela, yang masih belum menjaringkan gol dalam kejohanan kali ini, menghormati kemampuan Bolivia.
"Hormat adalah kunci utama untuk kami terus berkembang," kata Dudamel.
"Kami mahu terus berkembang dan dihormati pasukan lain. Jadi, siapa kami untuk memandang rendah Bolivia?"