BOLA SEPAK
Copa America: Christian Pulisic cetus kemenangan sulung AS
Christian Pulisic mencuri tumpuan setelah mencipta jaringan menarik dan hantaran gol ketika Amerika Syarikat (AS) membuka kempen Copa America dengan kemenangan 2-0 ke atas Bolivia, sebentar tadi.
Anak buah Gregg Berhalter itu kelihatan tidak berdepan sebarang masalah untuk merakamkan kemenangan rutin di Stadium AT&T di Texas hasil usaha solo ketua pasukan, Pulisic, dalam perlawanan Kumpulan C berkenaan.
Penyerang Milan itu hanya memerlukan tiga minit untuk melencong bola ke gawang untuk jaringan pembukaan yang memukau sebelum saling bergandingannya dengan Folarin Balogun untuk kedudukan 2-0, beberapa saat menuju waktu rehat.
Bolivia jarang sekali dapat mengancam ketika AS berjaya memulakan kempen Copa America dengan kemenangan buat kali pertama sejak edisi 1995.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.