Copa America: Brazil buntu robek gawang Costa Rica

Shaiful Shamsudin
Jun 25, 2024 12:06 MYT
BRAZIL 0 COSTA RICA 0
Costa Rica menjadi negara ketiga daripada Konfederasi Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) yang gagal ditembusi Brazil dalam Copa America untuk menyertai Mexico yang melakukannya pada 2001 dan 2007 selain Honduras pada 2001.
Brazil jelas jauh daripada prestasi sebenarnya dan realitinya mereka gagal memenangi lima perlawanan terakhir menerusi rekod dua keputusan seri bersama tiga kekalahan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap ketua jurulatih, Dorival Junior, untuk mencari formula tepat buat gergasi Amerika Selatan itu.
Costa Rica telah melakukannya! Mereka mengecewakan Brazil sepanjang malam dan telah bertahan untuk satu mata.

Costa Rica hold Brazil goalless in LA ? pic.twitter.com/Pm6dvJFHSp

— Golazo America (@golazo_america) June 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun Costa Rica jarang mengancam kubu Brazil tetapi mereka satu mata yang dipungut ini meletakkan di tangga ketiga Kumpulan D yang diterajui Colombia dan diikuti Brazil yang akan berhitung dengan pasukan di tangga tercorort, Paraguay, Sabtu ini.
#Copa America
;