Copa America: Argentina rehatkan Lionel Messi jumpa Peru

Shaiful Shamsudin
Jun 29, 2024 10:55 MYT
Lionel Messi akan direhatkan sempena pertemuan Argentina dengan Peru dalam Copa America, pagi esok, sementara hukuman penggantungan menafikan kelibat ketua jurulatih, Lionel Scaloni, di tepi padang.
Penyandang juara itu sudah pun mengesahkan laluan mereka ke suku akhir dengan berbaki satu perlawanan berikutan kemenangan berturut-turut ke atas Kanada dan Chile, lantas satu mata ketika menentang Peru sudah memadai untuk memastikan mereka mengesahkan tempat teratas Kumpulan A.
Oleh itu, ia menawarkan La Albiceleste peluang merehatkan beberapa pemain utama termasuk kapten itu yang ketidakhadirannya disahkan akibat masalah pangkal paha.
"Leo mempunyai masalah pangkal paha dalam perlawanan terakhir sementara untuk perlawanan ini, dia tidak akan berada di sana," kata penolong jurulatih Argentina, Walter Samuel kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanan.

? #CopaAmérica ?️ Walter Samuel: “Leo (#Messi) tuvo un problema en el último partido y en este no va a estar. Vamos a ver día a día como está”.

— ?? Selección Argentina ⭐⭐⭐ (@Argentina) June 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami akan memantau dari hari ke hari untuk menilai keadaannya."
Penyandang juara dunia itu juga perlu beraksi tanpa Scaloni berikutan sekatan oleh CONMEBOL.
"Kami mendapat berita ini pun pada hari ini dan ia mengejutkan," tambahnya.
"Lionel kecewa dengan perkara ini. Dia mahu bersama pasukan tetapi kami akan mematuhi hukuman yang CONMEBOL kenakan.
"Kami menganggap diri kami sebagai kakitangan yang memiliki sikap profesionalisme yang tinggi. Kadangkala, kami akan bercakap mengenai perincian aspek. Kami tidak cuba mencari kelebihan dan kami hanya perlu fokus kepada perlawanan seterusnya dan terus bergerak ke hadapan."
#Copa America
;