Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Argentina pastikan trofi kekal di bumi Amerika Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

argentina.jpg
ARGENTINA 2 KANADA 0

Aregntina memastikan trofi Copa Amerika akan kekal di bumi Amerika Selatan apabila menumbangkan perwakilan terakhir CONCACAF, Kanada, 2-0 dalam aksi separuh akhir di New Jersey sebentar tadi.

Julian Alvarez dan Lionel Messi memastikan kemaraan La Albiceleste ke final menerusi jaringan dalam separuh masa berbeza.

Alvarez membuka jaringan pada minit ke-22 selepas menemui hantaran jauh gemilang Rodrigo De Paul sebelum melakukan gerakan solo menariknya untuk menewaskan penjaga gol Kanada, Maxime Crepeau.

Messi kemudian menggandakan kelebihan itu pada minit ke-51 selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapatinya tidak berada di kedudukan ofsaid.

Dengan kemenangan itu, Argentina akan menantikan pemenang di antara Uruguay dan Colombia dalam satu lagi aksi separuh akhir bagi meneruskan misi mempertahankan gelaran mereka.
 

Advertisement

Must Watch Video