Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Aksi magis bantu Messi cipta sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionelmessi.jpg
Lionel Messi mempamerkan aksi cemerlang dengan dua gol dan satu assist ketika mencipta sejarah dalam kemenangan 4-1 Argentina ke atas Bolivia dalam Copa America.

Messi menjadi pemain paling banyak membuat penampilan bersama Argentina selepas mengatasi rakan senegara, Javier Mascherano, dengan kap yang ke-148 di Cuiaba awal pagi tadi.

Messi menampilkan aksi penuh magis apabila meledak dua gol yang menjadikan jaringan di peringkat antarabangsa yang ke-75, sementara menghasilkan lorongan buat jaringan pembukaan dalam separuh masa pertama bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan A.

Messi berjaya mencari Alejandro Gomez, yang membuka jaringan pada minit keenam, sebelum pemenang Ballon d'Or itu menyempurnakan penalti pada minit ke-33 sebelum mengatasi Carlos Lampe sekali lagi sembilan minit kemudian.
 

Erwin Saavedra mengurang defisit jaringan buat Bolivia pada minit ke-60 namun Lautaro Martinez hadir dari bangku simpan mengembalikan kelebihan tiga jaringan  buat Argentina untuk memastikan pertemuan suku akhir dengan Ecuador.

Advertisement

Must Watch Video