Antonio Conte tidak meragui bahawa Nathan Ake mampu mengisi kekosongan bahagian pertahanan Chelsea jika David Luiz tersisih.
David Luiz menjadi tulang belakang barisan The Blues sejak semula menyertai semula kelab itu dari Paris Saint-Germain (PSG) pada awal musim ini.
Prestasi mengagumkan yang diperagakannya bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan dia disenaraikan dalam Anugerah Kesebelasan Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) Inggeris, musim ini.
Begitupun, pemain pertahanan Brazil itu telah digantikan dalam babak akhir ketika Chelsea mencipta kemenangan hebat 3-0 di Everton, Ahad lalu, ekoran kecederaan pangkal paha dengan Ake, yang dipanggil semula daripada pinjaman dari Bournemouth, Januari lalu, mengambil tempat di tengah-tengah tiga pemain pertahanan.
Ia masih belum dapat dipastikan jika David Luiz dapat diturunkan ketika menentang Middlesbrough, Isnin depan, tetapi bos Chelsea, Conte, kagum dengan Ake dan tidak mempunyai masalah untuk memilihnya jika diperlukan.
"Saya belum bercakap lagi dengan doktor tentang kecederaan (Luiz), tetapi saya tidak fikir ia adalah kecederaan yang serius," kata Conte.
"Saya berharap dalam permainan seterusnya David Luiz boleh bermain. Di peringkat ini, kadang-kadang adalah penting untuk cuba beraksi biarpun anda tidak berada di tahap 100 peratus.
"Dia menunjukkan komitmen yang besar musim ini. Jangan lupa kecederaan lututnya selepas perlawanan menentang Manchester City. Namun, saya amat gembira dengan kesan yang ditunjukkan Ake.
"Saya fikir dia kelihatan berpengalaman dan ia sesuatu yang bagus.
"Dia hanyalah pemain muda yang mula bermain secara kerap selama dua tahun di Watford dan Bournemouth. Kini dia menunjukkan komitmen yang besar, kadar kerja dan tumpuan tinggi apabila saya memintanya beraksi.
"Bukan mudah untuknya apabila sering diturunkan di Bournemouth dan sebaik tiba di Chelsea, dia lebih kerap memaskan bangku simpanan.
"Tetapi, saya berasakan dia faham bahawa saya mempercayainya kerana saya menurunkannya dalam aksi separuh akhir (Piala FA) ketika menentang Tottenham Hotspur. Saya menurunkannya dalam detik penting kami."