Antonio Conte menandatangani kontrak baru selama dua tahun di Chelsea, ia disahkan juara Liga Perdana Inggeris itu.
Bekas jurulatih Juventus dan Itali, Conte, mengetuai Chelsea untuk meraikan musim pertamanya dalam liga utama di England, dengan skuad The Blues menamatkan tujuh mata di depan Tottenham di tangga teratas.
Kontrak baru itu memperbaiki syarat perjanjian tiga tahun yang dipersetujui jurulatih berusia 47 tahun itu ketika menyertai Chelsea, bermakna dia masih terikat dengan kelab Stamford Bridge itu hingga akhir 2018-19.
Conte memberitahu laman web Chelsea: "Saya sangat gembira kerana menandatangani kontrak baru dengan Chelsea dan kami bekerja sangat keras pada tahun pertama untuk mencapai sesuatu yang luar biasa, yang saya bangga dengannya. Sekarang kami mesti bekerja lebih keras untuk kekal di kedudukan atas.
"Peminat Chelsea memberikan sokongan sejak saya tiba di sini setahun lalu dan yang penting, kami terus berjaya bersama."
Conte memperkukuhkan skuadnya dengan ketibaan pemain pertahanan Jerman, Antonio Rudiger, dari Roma dan pemain tengah, Tiemoue Bakayoko dari Monaco, walaupun keputusannya membekukan penyerang, Diego Costa, dan kegagalan mendapatkan pengganti penyerang memberi makna musim rehat tidak sepenuhnya berjalan lancar hingga kini.
Pengambilan Romelu Lukaku oleh Manchester United dilaporkan menimbulkan kemarahan Conte, yang menjadi sasaran Inter Milan sebelum mereka melantik Luciano Spalletti untuk menggantikan Stefano Pioli.
Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia, percaya jurulatih berbangsa Itali itu tetap menjadi individu tepat untuk memimpin skuad The Blues bagi melanjutkan kejayaan ketika mereka mempersiapkan diri untuk kembali ke Liga Juara-Juara.
"Conte mencapai kejayaan luar biasa pada musim lalu, cepat menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris dan membawa kami ke gelaran Liga Perdana," katanya.
"Kontrak baru ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa dia mampu terus memberikan keputusan baik di peringkat domestik dan di pentas Eropah dalam Liga Juara-Juara."
Conte melantik rakan senegara, Paolo Vanoli dan Davide Mazzotta, untuk berada dalam barisan kakitangannya dalam musim baru.
Vanoli akan menjadi pembantunya selepas Steve Holland mengambil jawatan di bawah jurulatih, Gareth Southgate, dalam pasukan kebangsaan England, manakala Mazzotta akan bekerja menganalisis pemain.