Skip to main content

Bola Sepak

Conte: Richarlison akan cergas sebelum Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

richarlison.jpg
Antonio Conte menepis kebimbangan mengenai Richarlison bakal terlepas saingan Piala Dunia bulan depan tetapi mengesahkan bahawa penyerang itu tidak akan diturunkan ketika Tottenham berkunjung ke laman Manchester United bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis ini.

Richarlison mengalami kecederaan betis ketika Spurs menewaskan bekas kelabnya, Everton, 2-0  hujung minggu lalu sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-52 dan kelihatan bertongkat selepas itu.

Ia menimbulkan kebimbangan jika penyerang itu tidak sempat cergas untuk mewakili Brazil dalam Piala Dunia Qatar 2022, bermula dengan aksi menentang Serbia pada 24 November ini.

Dalam satu temu bual selepas perlawanan itu, Richarlison kelihatan menitiskan air mata dan berkata kepada ESPN Brazil: "Agak sukar untuk bercakap mengenainya kerana ia satu impian saya yang hampir terlaksana."

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai potensi Richarlison terlepas saingan Piala Dunia, Conte tampil memberikan mesej penuh optimistik.

"Mengenai kecederaan Richarlison, dia sedang menjalani pemeriksaan dan kemudian, kita akan lihat seberapa lama dia perlukan untuk pulih," kata Conte kepada wartawan.

"Saya boleh sahkan bahawa pemain itu tidak berisiko untuk tidak bermain dalam Piala Dunia, itu sudah pasti," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video