BRIGHTON 0 TOTTENHAM 1
Matt Doherty menerima pujian pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte, selepas pertahanan itu memainkan peranan penting ketika menang 1-0 ke atas Brighton & Hove Albion di tempat lawan, malam tadi.
Kali terakhir pertahanan kanan Republik Ireland itu dinamakan dalam skuad utama ialah April lalu dan ketika mengambil tempat Emerson Royal yang tercedera, malah dia mampu menuruti peranan baru sebagai bek sayap dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
“Saya gembira kerana saya mendapat tindak balas yang baik daripada Matt Doherty, Yves Bissouma yang diletakkan dalam barisan utama," katanya kepada BBC Sport.
"Banyak perkara positif tentang mereka (dalam perlawanan ini)."
Penyerang berbisa England, Harry Kane, menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-22 -- jaringan kelapannya musim ini -- untuk membantu Tottenham di kedudukan ketiga EPL sementara bintang Manchester City, Erling Haaland, kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol.